Lombong Tembaga Mamut Ranau, Tinggalan Sejarah Berharga

Lombong Tembaga Mamut merupakan tinggalan sejarah yang bernilai di Ranau, Sabah. Namun begitu, cerita atau sejarah mengenainya tidak diketahui ramai. Suatu masa dahulu Sabah merupakan antara pengeluar tembaga (kuprum) utama di dunia. Lombong Mamut atau dikenali juga sebagai ‘Mamut Copper Mine’ (MCM). Pembukaan lombong ini membawa banyak perubahan besar kepada masyarakat tempatan khususnya dari segi pembangunan ekonomi. Namun tidak dinafikan bahawa pembukaan lombong ini juga sedikit sebanyak memberi kesan yang buruk kepada penduduk.

tapak-lombong-mamut-ranau

Sejarah pembangunan lombong Mamut telah dimulakan dengan menggunakan dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu, sejarah pembangunan lombong Mamut telah dimulakan oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga 1965 di Ranau, Sabah. Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam-logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut.

Untuk pengetahuan para pembaca urangsabah.com, dalam pertandingan beberapa negara untuk memenangi tawaran permit penerokaan, Jepun Union yang diwakili oleh OMRD (Ohio Mining Rights Decision) telah berjaya mendapatkan tender tersebut dan diberikan permit untuk penerokaan dikawasan Mamut dan seterusnya mendapat kebenaran untuk melombong segala mineral yang tertakluk dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri Sabah dan OMRD.

lombong-mamut-ranau

Sedalam 15,620 m telah digali untuk kerja penerokaan dan didapati rizab bijih mineral sebanyak 100 juta tan, dalam 80% dari 100 juta tan adalah tambaga yang mempunyai gred tinggi dan selebihnya adalah bijih-bijih perak dan emas. Menurut catatan sejarah, perlombongan tanah Mamut oleh OMRD telah bermula sejak tahun 1970 lagi dan selepas lima tahun kemudian, penghantaran kali pertama bijih timah tembaga telah diangkut ke jeti Usukan dan seterusnya di bawa ke Jepun untuk penapisan di negara berkenaan.

Walau bagaimanapun, pada akhir tahun 1999 lombong Mamut ini terpaksa ditutup disebabkan berlakunya limpahan air yang bercampur dengan tembaga mengalir keluar ke sawah dan merosakkan tanaman dan binatang peliharaan serta berhektar-hektar tanah penduduk setempat turut rosak. Akibat dari pencemaran dari lombong ini menyebabkan ramai petani yang kehilangan kebun dan tempat tinggal. Akhirnya lombong ini terpaksa ditutup kerana muflis takibat terpaksa membayar pampasan yang banyak kepada penduduk yang mengalami kerugian.

tapak-lombong-ranau

Pada Februari 2007, kajian terhadap kepekatan logam berat di dalam sungai Mamut dijalankan. Kajian menunjukkan bahawa walaupun Lombong Tembaga Mamut telah berhenti beroperasi sejak tahun 1999, namun kepekatan logam berat masih tinggi di dalam Sungai Mamut, Ranau Sabah. Tapak perlombongan ini menjadi perkara yang membimbangkan penduduk sehingga kini ialah limpahan air berasid dari tapak lombong akan melimpah keluar dan meranapkan tanaman penduduk.

tapak-lombong-ranau

Sehingga sekarang masih belum ada tindakan daripada mana-mana pihak walaupun isu ini telah dibangkitkan di peringkat parlimen. walau bagaimanapun, tapak bekas lombong ini telah menjadi danau buatan yang menarik untuk dikunjungi, namun anda mestilah berhati-hati jika berkunjung ke sini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.