Lagenda Nakhoda Supirak, Si Anak Derhaka

Negeri Di Bawah Bayu memiliki banyak cerita samada mitos mahupun lagenda membuatkan kita merasa sangat bertuah berada di dalam negeri ini yang kaya dengan keunikan budaya dan sejarahnya yang pelbagai cerita. Seperti mana Sumatera yang memiliki lagenda Maling Kundang dan tanah Melayu yang yang mempunyai kisang Nakhoda Tanggang, Sabah juga turut mempunyai cerita yang menjadi lagenda anak derhaka iaitu lagenda Nakhoda Supirak.

Supirak

Kisah Nakhoda Supirak ini sangat berkait rapat dengan kewujudan bongkah batu besar yang menyerupai sebuah kapal yang terletak di kampung Malubalang daerah Pitas. Lagenda ini terdapat sedikit perbezaan ataupun penampahan dengan cerita Nakhoda tanggang dan Maling Kundang. Bagi penduduk Kampung Malubang dan kebanyakkan penduduk di Pitas dan Kota Marudu (Sabah), mereka dapat menceritakan asal-usul kejadian pulau yang menyerupai kapal itu malahan dapat menunjukkan lokasi sebenar tempat yang penuh dengan sejarah itu.

Menurut cerita lisan yang disampaikan oleh penduduk secara turun-temurun, lagenda Nakhoda Supirak bermula dengan sang ibu yang mendengar berita kepulangan anaknya Supirak dengan kapal besar yang berlabuh di pantai berkenaan. Sang ibu terus pergi ke tempat kapal berlabuh dengan harapan dapat menemui anaknya dan melepaskan rindu kepada anaknya Supirak yang sudah lama tidak ditemui. Setelah tiba di sana Supirak enggan mengakuinya sebagai ibu kerana malu dengan kemiskinan dan kedaifan hidup sang ibu. Supirak mengatakan bahawa perempuan tua yang berdiri dihadapannya bukanlah ibunya.

Supirak

Nahkoda Supirat yang enggan mengakui ibunya telah memerintahkan anak buahnya untuk teruskan pelayarannya. Namun dengan takdir dan kuasa tuhan, kapal yang baru berlepas itu telah bertukar menjadi Bongkahan Batu Besar. Dipercayai bahawa kejadian ini berlaku kerana sumpahan sang ibu yang terluka hatinya kepada Supirak yang enggan mengakuinya sebagai ibu kandung.

Sumpahan ini dikatakan tidak berakhir disini sahaja, bukan hanya Nahkoda supirak dan kapalnya yang bertukar menjadi batu akan tetapi sang ibu juga dikatakan turut bertukar menjadi batu. Menurut masyarakat setempat, mereka percaya bahawa keberadaan batu yang terletak di tepi laut yang berbentuk bulat atau lebih dikenali sebagai ‘Batu Dulang’ adalah ibu Nakhoda supirak yang berubah wujud menjadi batu. Manakala air mata kelukaan sang ibu juga dipercayai menjadi dua buah telaga air tawar yang berada berdekatan dengan kedudukan batu dulang tersebut.

Supi_Rakk

Inilah sekelumit cerita lagenda Rakyat Pitas yang menjadi buah bibir dan menjadi warisan ‘cerita rakyat’ turun temurun hingga kini,ianya bukan sahaja sedap di dengar sebagai pengantar tidur namun di sebaliknya terdapat pengajaran yang amat berharga.
Seperti kata pepatah …” tak kenal maka tak Cinta “,inilah keunikan dan kepelbagaian Bangsa Borneo,yang mana hampir di setiap daerah mempunyai cerita dan Kisah teladan tersendiri

supirak

Jika anda bercadang ingin melihat sendiri bukti lagenda ini bolehlah datang ke pulau tersebut dengan menaiki bot dari jeti kampung Malubang yang terletak berdekatan dengan sekolah. Perjalanan dari jeti ke tempat tujuan hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja ataupun sejam lebih jika bertolak dari dataran Bengkoka. Semasa menghampiri pulau tersebut, anda pasti kagum dengan keindahan dan keunikkan batu yang memang kelihatan seperti sebuah kapal. Menurut penduduk di sana, pada masa dahulu terdapat banyak bentuk-bentuk batu yang menyerupai bentuk manusia, tali, meja dan lain-lain peralatan. Malangnya, pada masa sekarang bentuk-bentuk tersebut semakin hilang akibat perubahan fizikal pada pulau berkenaan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.