Lagenda Naga Tembuakar Sabah

Wujudkah naga di dunia ini atau sekadar mitos semata-mata? Mengikut cerita rakyat dari mulut ke mulut di sabah dikatakan terdapat seekor naga yang wujud di Papar, Beufort, pulau penyu dan di sekitar pandai barat sabah wujudnya seekor naga Tembuakar yang diceritakan oleh rakyat setempat.

Tembuakar merujuk kepada seekor raksasa atau naga besar yang wujud sekitar tahun 1903. Nama Tembuakar diberikan oleh kaum bangsa Brunei yang tinggal di persisiran pantai dan sungai. Mengikut cerita peribumi Sabah Tembuakar adalah seekor raksasa sungai yang besar menyerupai raksasa Loch Ness, berwarna hitam dan mempunyai leher yang panjang. Selain itu, ia juga dikatakan mempunyai kaki serupa sirip dan ada yang mengatakan ianya seperti seekor ular besar yang menyerupai naga.

tembuakar

Cerita tentang Tembuakar dicerita dalam pelbagai versi. Menurut kaum Dusun, Tembuakar dikatakan berasal dari ikan sinsilog atau ikan belut. Ikan ini bertukar sifat dan bentuknya mengikut peredaran masa. Orang tua-tua mengatakan perubahan ini mengambil masa beratus-ratus atau beribu-ribu tahan untuk bertukar badan seperti naga yang mempunyai kaki dan tangan. Tembuakar juga dikatakan raja segala hidupan laut dan menjadikan apa hidupan laut lain sebagai makanannya.

tembuakar

Tasik di Ranau dikatakan paling menakutkan, mengikut kaum Dusun Tembuakar menjadikan tasik ini sebagai tempat tinggalnya. Manusia juga menjadi mangsa apabila mendekati tasik ini, Tembuakar juga dikatakan boleh memakan dengan sekali lahap seekor karbau atau sapi. Mangsa tidak dapat bergerak untuk melarikan diri kerana Tembuakar mempunyai satu kuasa yang boleh melemahkan dan melumpuhkan mangsanya.

tembuakar

Tambuakar dikatakan mati apabila sebuah gunung berapi meletup di satu bahagian di pekan Ranau. Namun begitu ramai yang masih percaya bahawa haiwan lagenda ini masih hidup sampai ke hari ni disebabkan penemuan lubang-lubang besar di bawah tanah sepanjang sungai-sungai tersebut semasa kerja mencucuk cerucuk membina jambatan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.