Keunikan Tamu Kota Belud, Sabah

Jika anda merancang untuk berkunjung ke Kota Belud, tidak lengkap rasanya perjalanan anda tanpa mengunjungi tamu yang tertua di Kota Belud. Tamu ini terletak di kampung Siasai, tamu yang diadakan di setiap minggu dikenali sebagai ‘semio’ oleh penduduk tempatan. Tamu ini mempunyai keunikannya yang tersendiri, yang sentiasa meniti dari bibir ke bibir pengunjung tamu ini. Terdapat pelbagai barangan yang dijual di tamu ini dari makanan hinggalah kraftangan anda boleh dapati di tamu tersebut.

Tamu

Tamu ini akan dibuka seawal jam 6 pagi, pada sebelah pagi orang ramai akan mengunjungi tamu ini untuk mencari lauk-pauk dan kuih-muih yang dijual di tamu berkenaan. Tamu ini terletak 76 kilometer dari Kota Kinabalu, Tamu ini dikungjungi biasanya untuk mendapakan barangan keperluan daripada makanan sehinggalah kraftangan. Selain penduduk tempatan Kota Belud, tamu ini juga mendapat kunjungan dari daerah lain seperti Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Ranau dan sebagainya.

Jika anda bercadang untuk melihat budaya masyarakat di Sabah seperti kaum Bajau, Kadazandusun, Irranun dan cina, anda tidak perlu meredah kampung-kampung dan kawasan pedalaman cukup sekadar anda berkunjung ke tamu ini yang menjadi lokasi perniagaan dan tempat pertemuan masyarakat pelbagai kaum. inilah salah satu keunikan yang menjadi tarikan para pengunjung tamu ini, mereka dapat melihat pelbagai budaya di sini. Uniknya tamu Kota Belud ini adalah selain berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu, pengunjung dan peniaga mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa etnik, entik Cina yang terdapat di tamu ini mampu bertutur dalam bahasa Bajau, Kadazandusun serta Irranun dan begitu sebaliknya.

Tamu_sabah

Tamu yang dulunya hanyalah sebuah kawasan lapang kini dilengkapi tempat berniaga yang selesa termasuk berbumbung yang telah disediakan oleh kerajaan tempatan. Namun begitu sebahagian peniaga masih mengekalkan gerai mereka yang diperbuat daripada kayu. Selain utu, pengunjung juga berpelung untuk mendengar irama muzik dari paluan muzik tradisional seperti gong dan kulintangan yang dimainkan oleh peniaga yang menjual alatan tersebut.

JIka anda bernasib baik anda akan berpeluang untuk menyaksikan pertunjukan ringkas kebudayaan suku kaum di Kota Belud yang dipertontonkan dalam bentuk pameran ‘pakaian tradisi’ atau pameran ‘ peralatan kebudayaan tradisi’ seperti gong, kulintangan dan gendang teruk di pamerkan pakaian tradisi suku kaum Bajau, Irrunun dan Kadazandusun yang menjadi tarikan yang tersendiri kepada para pengunjung yang datang dari dalam dan luar negeri Sabah.

Tamu besar kota belud

Selain itu, Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai juadah kuih-muih yang turut dijual di tamu berkenaan. Antara kuih yang dijual di tamu ini ialah seperti kuih penjaram, jala, baulu, penganan, kerepek ubi, sapit dan berati turut dijual juga pecal dan ketupat. Jika anda berkeinginan untuk berkunjung ke tamu Kota Belud, seelok-eloknya datanglah pada waktu pagi kerana pada waktu tersebut cuaca tidak terlalu panas dan barangan yang dijual juga masih banyak pilihan. Tidak lengkap rasanya jika anda tikad berkunjung ke gerai kraftangan yang menjadi kemestian bagi setiap pengunjung untuk berkunjung ke sana. Pelbagai jenis kraftangan tempatan diperbuat daripada rotan, mengkuang, kayu dan besi diniagakan antaranya tudung saji atau dikenali sebagai ‘tudung duang’, tikar selisir, sumpoton, tikar mengkuang, bingkai gambar dan tangkai kunci.

Tamu

Apa yang menariknya, jika berminat membeli barangan di tamu, harga boleh dikurangkan bergantung kepada kecekapan pembeli ‘menawar’ harga. Bagi mereka yang memakan sirih dan menghisap kirai iaitu sirih, kapur, gambir, kirai dan tembakau ada dua bahagian yang menjual barang berkenaan di tamu tersebut. Walaupun tiada lagi operasi penjualan ternakan hidup iaitu kerbau dan lembu yang menjadi aset terpenting tamu sejak awal tahun 1900, tetapi penjualan ayam kampung masih diteruskan hingga hari ini. Gi sekitar tamu ini juga terdapat banyak gerai makan yang menjual pelbagai jenis makanan terutamanya solo atau masyrakat tempatan menyebutnya sebagai sup dan air kelapa mula.

Pasar tamu ini telah berusia lebih satu dekad iaitu lebih 135 tahun yang lalu. Tamu ini dibuka oleh William Pretyman yang merupakan seorang Residen British pertama di Tampasuk (Kota Belud) pada 13 disember tahun 1878. Tamu diwujudkan untuk memberi ruang kepada masyarakat berniaga secara tukar barang (sistem barter). Tindakan yang dibuat ini lebih 100 tahun dahulu nampaknya berjaya menyatukan tiga etnik terbesar di daerah berkenaan sehingga hari ini.

Tamu sabah

Berikutan kejayaan itu, pemerintah British ketika itu membuka lagi beberapa tamu lain di peringkat kampung, namun tamu setiap ahad di Kampung Siasai itu adalah tamu utama. Pada masa dahulu, kewujudan tamu amat aktif di peringkat kampung, seperti di Kampung Pandasan, pada setiap Selasa, Rosok (Khamis), Taginambur (Jumaat) dan Nabalu (Sabtu). Selain itu, beberapa kampung seperti Timbang Dayang, Payas-Payas dan Taungusi turut ada tamu sendiri.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.