Kepercayaan Makhluk Halus Menurut Suku Kaum Dayak

Menurut suku kaum Dayak terdapat empat mitos tentang makhluk halus yang ada di dunia ini. Kepelbagaian adat resam dan kepercayaan di sabah yang penduduknya terdiri dari pelbagai suku kaum sudah tentunya memiliki cerita mitos dan lagenda yang tersendiri yang sering kali dikaitkan dengan benda-benda mistik dan yang menguji fikiran logik manusia. Di sabah, masyarakatnya begitu percaya kepada mitos dan cerita yang menjadi buah mulut, sama ada cerita itu cerita benar atau tidak, tidak dipedulikan kerana mitos tersebut seakan-akan telah menjadi sesuatu yang harus di percayai dan dihormati.

dayak

Walaupun sejarah mengatakan bahawa mitos hanyalah sebuah dongeng atau cerita lipur lara namun, cerita mitos tidak boleh dinafikan akan kebenarannya bahawa mitos adalah sesuatu yang pernah terjadi suatu ketika dahulu, hanya saja tiada bukti yang direkodkan. Bercakap tentang mitos makhluk halus, di Sabah terdapat pelbagai versi tentang cerita mitos seperti ini.

Di kawasan pedalaman sabah yang dihuni oleh suku kaum Dayak terdapat banyak mitos tentang makhluk halus, tapi adakah mitos ini hanya menjadi cerita buat anak-anak yang susah tidur atau sasuatu yang nyata. Menurut kaum Dayak yang tinggal di pedalaman Sabah, mereka mengakui bahawa mitos makhluk halus adalah sesuatu yang benar dan wujud. Mengikut kepercayaan suku kaum Dayak, berikut merupakan empat mitos makhluk halus yang wujud di dunia ini.

dayak

Makhluk halus Kariyau:
Menurut kaum Dayak, makhluk jenis ini menjadikan hutan sebagai tempat tinggal mereka. Merupakan makhluk halus yang jahat, sering mengganggu sesiapa sahaja yang memasuki hutan. Gangguan yang mereka lakukan biasanya dengan membuat sesiapa yang memasuki hutan tersesat atau tersalah jalan hingga tidak menemui jalan keluar. Walau bagaimanapun, biasanya makhluk Kariyau ini hanya ingin bermain-main dan tidak membahayakan selagi mena kita tidak mengganggu mereka. Setelah puas bermain-main dengan seseorang itu, mereka akan melepaskan orang tersebut di sebuah perkampungan yang terdekat dalam keadaan separuh sedar dan fikiran kosong. Jika anda pernah melihat cerita orang tersesat di dalam hutan, tapi dengan tiba-tiba dia kembali semula ke tempat asal dia tersesat, begitulah keadaan orang yang dipermainkan oleh makhluk Kariyau.

Makhluk halus Bajat:
Makhluk Bajet merupakan makhluk jadi-jadian sama ada makhluk ini berbentuk binatang atau manusia yang boleh berubah bentuk menjadi binatang atau jin yang boleh bertukar bentuk menjadi manusia dan binatang. Pada dasarnya makhluk jenis ini biasanya memiliki tuan, makhluk ini biasanya digunakan oleh orang-orang tertentu untuk mencari harta, perlindungan atau bertujuan memudaratkan pihak musuh. Makhluk ini biasanya akan menyerupai kerbau, lembu atau buaya.

makhluk_halus

Makhluk halus Alah Datu:
Sabah masih terdapat banyak hutan yang belum diterokai yang menjadi tempat tadahan hujan. Cerita mengenai makhluk Alah Datu yang menjadikan hutan tebal sebagai tempat tinggalnya. Makhluk ini dikatakan penjaga hutan, mereka menjaga hutan dari perbuatan-perbuatan manusia yang berniat jahat ingin merosakkan hidupan hutan. Menurut suku kaum Dayak, Alah Datu memiliki tubuh badan yang sangat besar dan berat, walaupun berat Alah Datu dikatakan boleh duduk di atas pokok dan hinggap dari satu pokok ke satu pokok yang sangat cepat. Kehadiran makhluk ini boleh dikesan dengan bunyi seperti sesuatu yang berat jatuh dari atas pokok, namun Alah Datu tidak dapat dilihat oleh mata manusia biasa. Makhluk ini tidak akan mengganggu manusia selagi mana dia tidak merasa terganggu dan terancam dengan kehadiran manusia.

Makhluk halus Kuyang:
Makhluk halus Kuyang menjadikan tubuh badan manusia yang masih hidup sebagai tempat tinggal mereka. Kuyang biasanya mempunyai bentuk badan menyerupai seorang wanita. Kuyang dikatakan boleh terbang dengan menanggalkan kepalanya (seperti balan-balan) sahaja bersama organ dalaman yang terurai tanpa badan. Kuyang merupakan makhluk yang paling menakutkan bagi kaum Dayak kerana selain bentuknya menyeramkan Kuyang juga boleh memudaratkan orang lain dengan menghisap darah mangsanya. Kuyang biasanya akan datang bilamana adanya kelahiran atau ada orang yang cedera parah kerana mencium bau darah yang segar. Kuyang akan menhisap darah mangsanya secara ghaib dan akan meninggalkan kesan gigitan. Untuk mengelakkan diri menjadi mangsa Kuyang sediakan cermin yang besar kerana dikatakan Kuyang sangat takut melihat dirinya sendiri.

dayak

Inilah merupakan beberapa mitos makhluk halus yang menjadi kepercayaan masyarakat suku kaum Dayak di Sabah. Percaya atau tidak bergantung kepada anda sendiri.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.