Keindahan Pulau Lankayan Sabah

Pulau Lankayan merupakan sebuah pulau yang terletak di lautan Sulu. Pulau Lankayan juga merupakan sebuah pulau resort batu karang tropika yang sangat cantik. Pulau ini terletak di sebelah barat laut Pulau Borneo iaitu di bawah laungan negeri Sabah, Malaysia. Jarak antara pulau ini dengan Sandakan ialah kira-kira 15 kilometer.

pulau lankayan

Pulau ini hanyalah sebuah pulau yang kecil jika nak dibandingkan dengan pulau-pulau lain yang terdapat di Sabah. Namun begitu, kekayaan dan keindahan alam semulajadinya memang tidak dinafikan sangat menakjudkan. Jadi kepada pencinta alam sekitar pulau ini sememangnya sangat sesuai untuk anda. Kebanyakkan pelancong yang berkunjung ke sini hanyalah semata-mata untuk melihat dan menikmati keindahan dan keunikan flora faunanya yang tersendiri yang terdapat di pulau ini.

pulau lankayan

Antara aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan di Pulau Lankayan ini ialah menyelam kerana pulau ini merupakan syurga bagi penyelam skuba. Selain itu, anda juga boleh melihat sendiri kehidupan marin mikro yang terdapat di pulau ini seperti Nudibranches, Prawn Gobies dan Coral Shrimps. Ramai pengunjung yang mengunjungi pulau ini kerana tertarik dengan Whale Shark dan penyu spesies Green dan juga kerana Hawkbill yang mendiami dasar laut pulau tersebut.

Pulau-Lankayan

Untuk tatapan pembaca urangsabah.com semua, diantara fauna yang boleh anda dapati dan lihat disekitar pulau ini ialah Scads, Barracuda ekor kuning, Jack, Yu Blacktip, Kerang gergasi, Ikan Anemone Cakar, Decorator, Ketam Labah-labah, Udang terumbu Karang, Kuda Laut, ikan Paip Hantu, Gurnard Terbang, Ikan Kakak Tua, Ikan Pari dan Ikan Gitar. Manakala flora yang boleh didapati di Pulau Lankayan ini ialah termasuklah pokok Kasuarina dan pandan Pain berskru

Pulau-Lankayan

Selain itu, Pulau Lankayan juga terkenal sebagai tempat pendaratan penyu. Kehadiran spesies penyu seperti Penyu Hijau dan Penyu Hawsbill yang bertelur di Laut Sulu. Pengawai yang bertugas di sini akan bertugas mencatat bilangan penyu yang mendarat di pulau ini, jika penyu itu bertelur, telurnya akan diambil untuk dikira selain membuat kajian. Telur penyu yang sudah siap dikira dan dikaji akan dimasukkan ke dalam pusat jagaan sebelum ditanam kembali. Telur penyu akan dibiarkan dieram secara semulajadi dan setiap telur yang berjaya ditetaskan akan dikira bilangan anak penyu sebelum dilepaskan semula ke laut terbuka secara selamat.

Pulau-Lankayan

Pada 13 Oktober 2003, Pulau Lankayan diisytiharkan berada di dalam Kawasan Perlindungan Marin Kepulauan Sugud (SIMCA). Sebagai salah satu dari pula-pulau yang terdapat dalam keanggotaan SIMCA, semua sumber yang diperolehi dari pulau dan lautnya seperti penangkapan ikan adalah dilarang dilakukan oleh sesiapa sahaja menurut arahan Kerajaan Negeri Sabah, Malaysia. Bagi mereka yang benar-benar inginkan sebuah percutian yang jauh dari hiruk pikuk kota dan orang ramai, Pulau Lankayan sememangnya satu destinasi yang perlu dicuba

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.