Jom Berkunjung Ke The Tip Of Borneo Yang Indah

Tanjung simpang Mengayung di Kudat kini telah menjadi destinasi pelancongan popular dan kerap menerima kunjungan daripada dalam dan luar negeri. Keindahan dan keunikan pemandangan di persekitarannya dengan lautan membiru dan batu-bata yang unik serta hembusan bayu yang mendamaikan menjadi tarikan semula jadi kepada pelancong.

Sesiapa yang berhajat ingin ke Kudat, kunjungan dan percutian anda tidak akan lengkap jika tidak melawat dan berkunjung ke Simpang Mengayung yang lebih dikenali dengan nama ‘The Tip Of Borneo’. Jarak antara Kota Kinabalu ke Pekan Kudat adalah lebih kurang 180 kilometer. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Pekan Kudat mengambil masa selama lebih kurang 3 jam.

tip of borneo

Batu tanda Tip of Borneo

Laluan yang akan dilalui adalah Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Kota Merudu dan akhirnya Kudat. Jalan menuju ke Kudat agak lengang dan tenang. Dalam perjalanan menuju ke Simpang Mengayung anda akan melalui hentian Ulu Kukut di Kota Belud.

tip of borneo

Pemandangan sekeliling Tip of Borneo yang indah

Setelah sampai di Kudat anda akan menemui Pasar Pekan Kudat, di sini anda akan berpeluang untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang. Di pekan ini terdapat banyak hasil laut yang segar dan juga yang telah diproses.

Sesuai dengan namanya, ‘Tip of Borneo’ merupakan puncak atau penghujung Borneo. Ia terletak di Tanjung Simpang Mengayau dan merupakan tanah paling atas di bahagian ‘tanduk’ pada peta negeri Sabah. Jarak dari Pekan Kudat ke ‘Tip Of Borneo’ adalah sejauh 30 kilometer. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dan jalannya bukanlah jalan yang besar. Tidak banyak kenderaan yang lalu lalang di laluan ini.

Tanjung Simpang Mengayau

Pantai Tanjung Simpang Mengayau

Di kawasan ‘Tips Of Borneo’ dan Pantai Tanjung Simpang Mengayau ini disediakan perkhidmatan penginapan kepada pengunjung. Antara penginapan yang terdapat di sini termasuklah Mengayau Chalet, Merimmas Villa dan Tommy’s Place. Tempahan untuk menginap boleh dibuat secara atas talian.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.