Fakta dan Keistimewaan Desa Cattle Dairy Farm

Desa Cattle Dairy Farm merupakan salah satu yang menjadi destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi di Sabah. Tempat ini tidak pernah sunyi dari kunjungan manusia baik yang datang dari dalam atau luar negara. Desa Cattle atau disebut juga sebagai ladang lembu mosilau terletak lebih kurang 8 kilometer dari Pekan Kundasang.

Desa_Cattle

Lembu tenusu yang terdapat di Desa Cattle ini adalah baka lembu fresian yang diimport dari luar negara iaitu dari negara New Zealand dan Australia. Pemandangan Desa Cattle sangat cantik dan mempersona kerana terletak betul-betul di kaki GUnung Kinabalu. Suasana yang menarik dengan cuaca yang sejuk dan nyaman membuatkan anda berasa berada di New Zealand. Di Desa Cattle ini juga anda akan dapat merasakan seperti berada di negara yang memiliki empat musim.

Desa Cattle ini sememangnya sesuai kepada pencinta alam sekitar, tempat ini juga menjadi destinasi kepada para jurugambar yang sukakan pemandangan. Tempat ini sangat cantik, jadi jika akan berkunjung ke sini jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Sudah menjadi trend sekarang untuk mengambil gambar-gambar kahwin ‘outdoor’ di tempat-tempat yang menarik dan ada sedikit kelainan seperti bergambar di gunung, pantai gua dan sebagainya. Begitu juga dengan Desa Cattle ini yang sering menjadi lokasi kepada pasangan pengantin untuk mengabadikan gambar perkahwinan mereka selain dijadikan tempat berbulan madu.

desa_cattle Dairy farm

Selain pemandangan yang cantik dan suasana yang nyaman, di Desa Cattle Dairy Farm juga terdapat beberapa aktiviti yang menarik seperti memerah susu lembu, melihat bagaimana susu lembu diimport, anak lembu menyusu, makan dan lain-lain dan yang lebih menariknya anda boleh merasai sendiri pengalaman tersebut. Anda juga boleh mencuba aiskrim dan susu lembu yang dihasilkan disini. Produk yang dihasilkan disini semuanya berasaskan susu dan sangat segar dan ‘fresh’. Selain itu, jangan lupakan cenderahati untuk dibawa balik ke tempat masing-masing yang banyak dijual di ruang pameran Desa tersebut. Antara cenderahati yang boleh anda dapatan disini ialah tshirt, keychain, poskad dan lain-lain lagi. Jarak desa cattle diary farm dengan Kota Kinabalu lebih kurang 100km. Masa yang diambil untuk sampai ke sini mengambil masa selama lebih kurang dua jam setengah dengan menggunakan kereta.

Desa-_Dairy-_Farm

Desa Cattle ini memiliki sebanyak 680 ekor lembu tenusu yang diusahakan oleh Desa Cattle (S) Sdn Bhd. Ladang lembu ini mempunyai keluasan sebanyak 199 hektar tanah, 133 daripada 199 hektar tanah tersebut telah digunakan untuk menanam rumput padang seperti Kikuyu, Narok Setaria dan Kekacang.

Sektor penternakan lembu tenusu ini bukanlah sesuatu yang baru di Sabah kerana ianya telah wujud hampir tiga dekad yang lalu menerusi pembukaan ladang tenusu di dataran Mesilau berhampiran kaki Gunung Kinabalu pada 1980. Tidak keterlaluan jika penulis mengatakan ladang lembu tenusu itu dirumus sebagai ladang yang mempunyai produk `dua dalam satu’ iaitu pengeluar susu segar di Sabah yang berupaya membantu meningkatkan ekonomi, selain menjadi destinasi lawatan pelajar dan pelancong.

desa_cattle

Waktu operasi Desa Cattle ini ilah antara jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. Manakala waktu memerah susu lembu dan memproses susu saling-saling jam tiga petang hingga lima petang setiap hari dan setiap hari Selasa, Khamis, Ahad waktu memproses pada jam 10 pagi hingga 2 petang. Untuk masuk anda dikenakan bayaran bagi dewasa sebanyak RM3 dan Kanak-kanak Sebanyak RM1. Manakala bagi pelancong asing dewasa sebanyak RM5 dan kanak-kanak RM3 sahaja.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.