Berakit Jeram di Sungai Kiulu Sabah

Kepada pengemar aktiviti lasak dan aktiviti air jangan lepasan peluang anda merasai pengalaman yang sangat menarik di Sungai Kiulu, Sabah. Sungai Kiulu terletak kira kira 70 kilometer ke utara Kota Kinabalu dan boleh dikunjungi dengan menaiki kereta kira kira sejam perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu. Sungai kiulu menyediakan aktiviti berakit jeram dengan pemandangan indah yang mempersonakan.

Aktiviti yang paling popular di Sungai Kiulu adalah berakit jeram. Aktiviti berakit jeram di Sungai Kiulu telah dimulakan sejak lebih 15 tahun yang lalu dan ianya pada asalnya diwujudkan oleh pengusaha pelancongan yang gemarkan aktiviti lasak. Sungai Kiulu yang diketegorikan pada Gred 1 dan 2 kini telah berjaya menarik minat sekurang-kurangnya 17 pengusaha berakit jeram untuk beroperasi di sini.

kiulu rafting

Sungai Kiulu terletak lebih kurang dua kilometer dari Pekan Kiulu. Anda boleh bermain dengan ikan yang jinak di Sungai Kiulu dengan bayaran masuk sebanyak RM5 bagi dewasa dan RM2 bagi pelajar, pusat rekreasi ini juga menyediakan kawasan berkelah, kawasan berkhemah dan mempunyai kemudahan bilik persalinan serta tandas awam.

berakit di kiulu

Laluan berakit sepanjang 15 kilometer iaitu di antara Kampung Pukak dan Pekan Kiulu merupakan laluan paling popular kerana sepanjang laluan ini terdapat banyak jeram yang menyediakan cabaran kepada peserta berakit jeram. Selain air sungai Kiulu yang jernih, pemandangan di sepanjang laluan ini juga sangat menenangkan bagi penggemar pemandangan luar bandar.

sungai kiulu

Selain dari itu, habitat ikan di Sungai Kiulu juga masih dikekalkan dengan adanya amalan Sistem Bombon atau Tagal yang telah dilaksanakan oleh penduduk kampung sepanjang sungai ini dan berjaya mewujudkan daya tarikan baru kepada pelancong.

sungai kiulu

Satu lagi tarikan baru yang terdapat di Sungai Kiulu ialah hasil dari amalan sistem tagal ini boleh dilihat di Kampung Poturidong, Kiulu di mana pelancong berakit jeram boleh singgah bermain dengan ikan-ikan sungai yang jinak. Kampung Poturidong, Kiulu ini terletak di pertengahan laluan sepanjang 15 kilometer ini dan pada ketika ini pelancong hanya dikenakan bayaran untuk makanan ikan sahaja.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.