Asal Usul Nama Kudat, Sabah.

Daerah Kudat terletak di bahagian utara Sabah. Pada masa dahulu, Kudat merupakan sebuah pusat pentadbiran pertama sebelum berpindah ke sandakan dan Jesselton (Kota Kinabalu). Daerah Kudat mempunyai 3 buah pusat pentadbiran iaitu Kudat Proper, Pekan Karakit, Pu Banggi dan Pekan Matunggong. Penduduk Kudat dianggarkan pada tahun 2000 berjumlah 68,242 orang dan semakin bertambah dari tahun ke tahun. Kaum Rungus merupakan penduduk asal Kudat sebelum kedatangan kaum-kaum lain.

bandar_kudat

Menurut cerita dari mulut ke mulut yang diceritakan oleh penduduk setempat, terdapat beberapa versi cerita tentang asal usul nama Kudut. Pada ketika dulu, Kudat dipanggil sebagai “tonjung Berungus” atau disebut juga sebagai Tambarungus. Mengikut cerita yang diceritakan oleh kaum Rungus, terdapat beberapa orang peniaga Cina yang datng ke Tanjung Berungas. Ketika itu, Kudat dipenuhi oleh rumput lalang, peniaga cina yang hairan melihat rumput-rumpat yang tumbuh di merata-rata tempat bertanya kepada penduduk tentang rumput tersebut, penduduk yang ketika itu terdiri daripada kaum Rungus memberitahu mereka bahawa rumput itu berlama “Kutad” yang membawa maksud “Rumput Lalang” dalam bahasa Rungus.

kudat

Peniaga Cina yang tidak dapat menyebut perkataan “kutad” kerana pelat telah menyebutnya sebagai Kudat. Jadi untuk pengetahuan urangsabah.com, inilah salah satu daripada cerita asal usul nama Kudat,mengikut cerita yang disampaikan oleh kaum Rungus, yang kini tiggal di pedalaman Kudat, Sabah. Nama Kudat terus kekal dan digunakan sehingga kini tanpa perubahan.

Namun begitu, menurut cerita lisan yang diceritakan oleh penduduk tempatan, nama Kudat berasal dari satu peristiwa lucu yang berlaku pada 100 tahun yang lalu. Dikatakan pada suatu malam, semasa penduduk di pinggir laut sedang tidur, mereka dikejutkan dengan bunyi yang kuat dari hon sebuah kapal “Santi” yang menyebabkan mereka menjerit “takuddat aku” sambil berlari.

kudat

Seterusnya perkataan ‘takuddat’ dipendekkan dan menjadi ‘Kudat’, dan perkataan ini dikekalkan menjadi nama bagi tempat ini. Peristiwa itu memberikan mereka idea dan bersetuju untuk menamakan Tanjung Berungus sebagai Kudat. Daerah Kudat kini telah berkembang menjadi maju kerana menjadi tempat tarikan pelancongan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.