Asal Usul Keningau, Sabah

Setiap tempat menpunyai sejarah yang tersendiri, nama setiap tempat akan diberikan oleh orang-orang terdahulu berdasarkan peristiwa sejarah yang telah berlaku. Peristiwa yang menyebabkan nama sesebuah tempat dicipta biasanya unik dan menarik perhatian.

pokok kayu manis

Pada kali ini urangsabah.com akan menceritakan tahu asal usul sebuah perkampungan yang terletak di pedalaman Sabah iaitu Keningau. Keningau merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu. Keningau adalah sebuah kawasan yang terletak di kawasan pedalaman Sabah yang kini telah maju dan berkembang menjadi bandar. Mengikut cerita orang dulu-dulu, Keningau merupakan sebuah perkampungan yang banyak ditumbuhi oleh pokok kayu Manis atau lebih dikenali sebagai “Pokok Keningau” dan dalam bahasa kaum Murut mereka menyebutnya sebagai “Kayu Keningau” iaitu sejenis rempah yang digunakan untuk memasak.

kayu manis

kedatangan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit Kayu Keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka, secara tidak langsung kawasan pendalaman menjadi pengeluar kulit Kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau sehingga mewujudkan sebuah bandar yang paling maju dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Kayu Manis Mendapat permintaan yang tinggi dari saudagar-saudagar luar menyebabkan daerah ini terkenal dengan sendiri. Daerah ini mendapat gelaran “Kampung Keningau” daripa saudagar- saudagar yang datang ke daerah ini. Gelaran ini diberikan sempena nama pokok kayu Koningau bagi memudahkan saudagar luar mengenali kawasan utama sumber kayu manis. Mengikut istilah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii.

Keningau

Menurut sejarah, Keningau merupakan sebahagian daripada wilayah Brunei semasa Pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu, iaitu pada sekitar tahun 1860-an. Pada masa ini Keningau merupakan pusat perdagangan rempah ratus yang terbesar di wilayah Brunei. Disebabkan laluan perdagangan Selat Melaka dari seluruh pelosok dunia, persisiran pantai barat Jesselton(Kota Kinabalu) menjadi tempat strategik selepas tumpasnya pangkalan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBCC) di Pulau Gaya oleh Mat Salleh dan orang Bajau dan kemusnahan bandar Sandakan pada masa itu.

keningau

Semasa penentangan itu, Keningau menjadi Pusat Pendaftaran dan Pentadbiran Kawasan Pedalaman semasa Penjajah British untuk melupuhkan pengaruh Mat Salleh dan pejuangannya. Satu-satunya bangunan yang menjadi bukti wujudnya Penjajahan British ialah Saint Francis Xavier Church, antara bangunan yang tertua di Keningau. Kimanis pada masa itu menjadi laluan utama berhubung dari Keningau ke Jesselton. Kimanis jugalah menjadi kubu pertahanan Keningau semasa peperangan dunia yang ke-2.

Nama Keningau terus masyhur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi urangsabah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.