Akuarium dan Muzium Marin UMS Menjadi Tarikan di Sabah

Jika anda merancang untuk ke sabah jangan lewat dan sia-siakan peluang anda untuk datang dan melawat ke muzium marin yang terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah (UMS). Akuarium dan Muzium Marim UMS ditubuhkan pada tahun 1995, yang merupakan satu lagi tambahan kepada kampus Universiti Malaysia Sabah.

Akuarium dan Muzium Marin ini terletak di dalam Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) iaitu berhadapan dengan Teluk Spanggar. BMRI bertujuan untuk menggalakkan pendidikan, penyelidikan, dan latihan dalam pemuliharaan dan pembangunan mampan sumber marin serta rasional penggunaan bioteknologi.
Antara kemudahan yang disediakan disini adalah tangka kaca pameran hidupan laut yang besar, Pusat Pameran Terumbu Karang terbuka, Pusat Pameran Terumbu cetek, pejalan kaki paya bakau, Muzium Maritim dan Marin Kontemporari dan banyak lagi.

akuarium UMS

Terletak pada pemandangan di kawasan pinggir laut yang indah, kompleks Akuarium-Muzium-Marin menempatkan hidupan marin yang indah dan berwarna-warni. Ia merupakan salah satu daripada komponen utama di dalam Marine BioValley di UMS khusus untuk menginspirasikan pemuliharaan di laut melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi serta penerokaan.

Pembelajaran mengenai hidupan marin adalah lebih interaktif, menarik dan amat bernilai untuk dinikmati apabila berada di dalam situasi kehidupan yang sebenar. Ini secara tidak langsung, ia menanam rasa hormat terhadap alam persekitaran marin dan menyemai pemahaman mengenai kepentingan persekitaran marin di dalam kehidupan manusia.

akuarium UMS

Susun atur di dalam seksyen akuarium memaparkan ekosistem dengan komuniti kompleks bagi organisma yang berinteraksi antara satu dengan yang lain di dalam persekitarannya menjadikan ia sebagai suatu pembelajaran yang unik. Bahan pendidikan seperti ini membantu di dalam membangun pemahaman serta kesedaran kita mengenai interaksi semua benda hidup dengan laut yang menjadi sebahagian daripada kewujudan yang mana juga memerlukan perlindungan.

Akuarium dan Muzium UMS ini dibuka setiap hari kecuali pada hari rabu dan pada cuti umum. Waktu melawat adalah dari jam 9.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari, manakala pada waktu petang pula ialah pada 2.00 petang hingga 4.30 petang. Tiket masuk ke akauriam dan muzium ini amatlah berpatutan. Senarai harga tiket adalah seperti berikut:

Warganegara

  • Kanak-kanak / Pelajar (4-17 tahun) – RM5
  • Dewasa (18 tahun ke atas) – RM10
  • Warga Emas – RM5
  • Pass Kamera (optional) – RM5

Bukan Warganegara

  • Kanak-kanak / Pelajar (4-17 tahun) – RM10
  • Dewasa (18 tahun ke atas) – RM20
  • Warga Emas – RM10
  • Pass Kamera (optional) – RM10

tiket akuarium UMS

Jika anda bercadang untuk datang beruti di Sabah jangan lupa untuk berkunjung ke Akuarium dan Muzium Marin di Universiti Malaysia Sabah dan banyak lagi tempat yang menarik yang terdapat di dalam kampus UMS.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.