Adat Kematian Yang Diamalkan Oleh Orang Sungai Sabah

Suku Kaum Sungai sangat berpegang teguh dengan adat dan pantang larang semasa mengurus atau berlakunya kematian. Adat ini sudah diamalkan sejak berkurun lamanya dan adat ini diwarisi dan diamalkan oleh mereka yang berketurunan Sungai. Masih ramai diantara mereka yang mempercayai bahawa peraturan ini perlu dipatuhi kerana ianya dianggap sebagai penghormatan terakhir kepada si mati.

Kuburan.orang.sungai

Dalam adat yang diamalkan oleh Orang Sungai berkaitan dengan adat kematian, terdapat beberapa peringkat yang harus dilakukan semasa menguruskan jenazah iaitu semasa jenazah berada di rumah, semasa hari pengebumian dan majlis kenduri. keempat-empat peringkat ini mempunyai adat yang berbeza dan menjadi ikutan genersi kini. Namun begitu disini, penulis hanya akan menceritakan sebahagian sahaja daripada empat adat kematian.

Semasa janazah berada di rumah.
Apabaila berlaku kematian dalam sesebuah keluarga, keluarga si mati akan menyediakan ruang untuk meletakkan mayat di satu sudut rumah. Kebiasaannya mayat akan diletakkan di bahagian ruang tamu agak memudahkan segala urusan. Di sudut itulah, si mati akan dimandikan dan dikafankan. Hal ini lakukan bertujuan untuk memudahkan ahli keluarga dan saudara-mara menatap dan menziarahi si mati untuk kali yang terakhir selain untuk memudahkan segala adat dan doa yang akan di sedekahkan kepada si mati.

Kematian

Sejuruh selepas kematian, keluarga si mati akan memaklumkan dan menyampaikan berita kematian berkenaan kepada saudara mara yang jauh dan kepada semua jiran tetangga. Semasa jenazah berada di rumah, jenazah akan ditutup dengan kain putih. Jika mayat itu seorang lelaki, maka ia akan diuruskan oleh imam dan pembantunya yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga si mati dan jika perempuan, maka mayat akan diurus oleh kaum wanita. Tujuan jenazah dimandikan adalah untuk membersihkan mayat dari segala kotoran dan najis. Biasanya orang yang bertanggungjawab memandikan jenazah ialah iman kampung. Jenazah akan dimandikan dengan menggunakan air biasa dan setelah selesai dimandikan jenazah akan dipakaikan kain sarung yang beharu atau kain yang biasa dipakai semasa hayatnya.

setelah itu, sanak saudara dan sahabat si mati dibenarkan yang menziarahi si mati untuk kali yang terakhir. Setelah itu, bacaan surah yasin akan diadakan dan akan dibaca oleh semua sanak saudara yang hadir. Semasa jenazah berada di rumah segala keperluan untuk menyempurnakan mayat akan disediakan oleh kaum keluarga si mati. Keperluan yang biasanya disediakan adalah seperti kain kafan, air yang akan digunakan semasa memandikan jenazah, dan menyediakan segala makanan dan minuman untuk tetamu yang hadir menziarahi si mati untuk kali terakhir.

kematian

Semasa hari pengebumian.
Masyarakat kampung akan saling bantu-membantu dan bergotong-royong menguruskan jenazah sehingga selesai dikebumikan. Orang lelaki akan berada di tanah perkuburan bagi membantu mengali kubur dan sebahagian dari mereka akan berada di kawasan rumah si mati untuk memasang khemah, membuat keranda dengan buluh, membuat batu nisan dan sebagainya. Jika si mati adalah lelaki, maka batu nisannya dibuat bulat tapi jika jenazah adalah seorang perempua, maka batu nisannya adalah ceper.

Iman yang menguruskan jenazah bertanggaungjawab mengukur ketinggian si mati dan barulah kubur akan digali. Kubur yang hendak digali mestilah mengadap kiblat bagi jenazah muslim. Iman akan menanda kubur sambil membaca beberapa ayat dari al-quran dan beberapa potong doa bertujuan untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak dingini berlaku semasa proses menaman jenazah.

Kematian

Setelah ditanda, diukur dan dibacakan doa, maka proses mengali kubur akan dimulakan. Mengikut kepercayaan Orang Sungai, kubur hanya boleh digali oleh seorang individu sahaja. Namun begitu, individu kedua boleh menggantikan individu pertama untuk mengali kubur. Mereka percaya bahawa jika kubur digali lebih dari satu orang dalam masa yang sama, perkara buruk akan terjadi iaitu orang tersebut akan mengikut jejak kematian.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.